Thursday, April 2, 2009

Cara Bina Badan

BismillahirahmanirahimHari ini bangun macam biasa la. Tapi terasa penat dan tak bermaya. Sebab semalam tidur lambat sangat, nak menghafal lirik tak dapat jugak kekal dalam kepala ni.. arghh!! Hari ini agak letih sebab pagi-pagi kelas Cikgu Aris, dah lama tak keluar peluh cmni punya banyak beb. Usus besar macam menikam usus kecil, senak perut dibuatnya, apa pun bagus untuk kesihatan. Eceh!!! Dapat mock up & minus one. Pastu lagu Isabella kena nyanyi solo mengikut rangkap. Memang best! Aku da dapat rasakan masa konsert nanti.. tapi lagu individu ni plak payah sikit.. bukan payah sikit, BANYAK WOI!! Pastu datang plak sorang mamat ni, rupanya anak Chef Wan. Kira bagus jugak dapat kenal dengan Mamat ni. Chef Riz namanya. Dia berkongsi cara makanan yang betul dan juga cara nak bina badan. Pastu apa lagi yang aku buay hari ni.. jenuh nak hafal lirik lagu Taman Teman. Sakit otak beb! Chow.. opss... tak habis lagiCikgu Fatimah hari ni ada tegur dan kongsi pendapat dengan aku dan Aril. Banyak giler yang aku dapat Wa Selut Cikgu Fati!Apa pun Alhamdulillah, hari ini dapat aku nikmati pelbagai rasa yang diaturkan oleh pengarah wa no 1 Allah SWT. Benar ini hak Engkau Ya Tuhanku. Ok Chow.. Chin.. Chaw..

Notez di bawah ini tak sempat di post tepat pada waktunya dan di ambil dari laman web www.astro.com.my

Teguran Abang Acis
Jumaat20 Mac 2009, Alhamdulillah…Bangun macam biasa. Bersiap dan terus naik akademi. Sarapan pagi dan terus masuk dance floor. Presentation depan principal. Cikgu Siti Hajar, Cikgu Shafi, Miss Aida, Cikgu Fatimah dan Cikgu Aris. Makan tengahari. Balik kediaman mandi-mandi nak pergi solat Jumaat di Bukit Kinrara. Habis solat terus pergi stadium untuk full dress rehearsal. Abang Acis bagi teguran semua pelajar. Balik pukul 12 malam dan terus tidur.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Lega Tengok Wajah Mak
Sabtu21 Mac 2009, Bangun pagi Alhamdulillah. Hari ini show time…mendebarkan…pukul 1.30 pm dan sampai Bukit Jalil dan berlatih. Bersiap mandi dan terus pergi bilik make up. Tukar pakaian. Pukul 9 dah start show. Aku perserta yang ke-3 selepas Akim dan Rubisa. Lega dapat tengok wajah mak, Apis, Shahir dan kawan-kawan yang datang. Hari ini ada penyingkiran. Adila adalah orang yang tersingkir. Terasa kehilangan salah seorang pelajar. Habis konsert salin pakaian, dapat tengok Cabby dan Ab. Sampai kediaman terus tidur.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Dapat Buat Phone Call

Ahad22 Mac 2009, Bangun pukul 10 pagi. Mandi-mandi, sarapan nasi lemak. Naik akademi pukul satu. Kelas Cikgu Fatimah dimulakan. Dapat reward persembahan terbaik di antara 14 pelajar, Alhamdulillah. Ganjaran dapat call orang yang aku nak. Aku pilih Claudia sebagai pasangan reward sebab semalam dia dah tunjukkan yang terbaik dan juga dia sedih sebab tak ada banner nama dia. Kelas Bahasa Inggeris bermula. Ucapan untuk Adila dan ucapan dari Adila pada semua. Aishah gastrik. Pukul 6 bersirai dan balik ke kediaman. Hari ni dapat lagu ‘Pilihlah Aku’ dari Latif Ibrahim.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Suara Mak

Isnin23 Mac 2009, Bangun tidur macam biasa. AlhamdulillahBersiap naik akademi.. sarapanAda preview dengan semua tenaag pengajar kecuali Cikgu ArisPrincipal dan cikgu-cikgu semua bagi komenBanyak lagi yang aku kena pertingkatkan dalam pelajaranMakan tengahariDapat call mak aku lepas makan tengahari. Rindu sangat dengan semua family. Alhamdulillah dapat dengar suara dan Tanya khabar. Terima kasih kepada tenaga pengajar dan pihak akademi kerana memilih aku sebagai persembahan terbaikMasuk kelas Cik Ida. Hari ini pengetua nak fokuskan penghayatan dalam persemabahan. Jadi, jadual mingguan dah berubah. Kelas pertama lakonan dan seterusnya kelas vokal. Habis kelas Miss Ida sambung kelas cikgu Aris untuk persembahan minggu iniHabis kelas pukul 10 lebihMakan malam turun ke kediamanBerlatih hafal lirik, mandi-mandi, tidur..

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Koreografer Tarian

Selasa 24 Mac 2009 ,Bangun pagi, mandi2, siap naik akademi. Sarapan pagi, kemudian senaman dengan Cikgu Yut. Kelas vokal dengan Cikgu Siti Hajar dan kelas Cikgu Shafi. Training untuk lagu Menuju Puncak. Makan tengahari. Kelas dengan Principal, tunjuk contoh-contoh Ikon. Diantaranya Anita Sarawak, Steven Rahman, Sean Gazi, Sheila Majid dll. Kelas Miss Ida seronok. Kelas Cikgu Aris, latihan untuk persembahan sabtu nanti. Aku dan Aishah Cikgu Aris pilih untuk koreograf tarian. Seronok Alhamdulillah selesai semua pelajaran hari ini. Banyak perkara baru yang dapat diajar. Selesai pukul 10pm. Makan dan balik kediaman. Praktis lagu dan tidur.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Latihan Pernafasan Dominic
Rabu 25 Mac 2009. Bismillahirahmanirahim.Bangun pukul 8.00am.. lewat sikit. Bersiap sambil praktis lagu. Naik akademi, masih belum sarapan terus buat latihan pernafasan dengan Dominic. Latihan yang bagus.Sarapan pagi, kelas vokal dimulakan. Praktis dengan cikgu Siti Hajar. Praktis dengan cikgu Shafi selepas makan tengahari. Ada tetamu datang ke akademi iaitu Anggun. Dapat berbual-bual dan dapat demo cd yang berjudul Elevation. Sambung dengan Cikgu Shafi dan kemudian kelas Cikgu Aris. Akhir sekali kelas dengan Joe Balik hostel, praktis dan tidur Alhamdulillah
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Nana AF1 Datang!

Khamis 26 Mac 2009. Bangun pagi macam biasa. Alhamdulillah. Bersiap-siap naik akademi… Sarapan. Senaman pagi dengan Cikgu Aris. Nana (AF1) datang, sharing dengan pelajar semua. Kelas Cikgu Siti Hajar dan Cikgu Syafi. Rehearsal dengan principle, Cikgu Siti Hajar, Cikgu Syafi… Dan Cikgu Acis pun ada. Balik Hostel. Sound Check. Habis pukul 1.30 pagi. Balik hostel tidur.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Thank You!

Ahad, 29 Mac 2009, BismillahirahmanirahimBangun pagi macam bias am mandi2, siap2, sarapan nasi lemak dekat hostelPukul 1pm baru naik akademiLunch McD, Thank you kat produksi AstroLepas lunch semua pelajar tengok DVD teater PGLTMKelas Cikgu Fatimah dengan tetamu Marigold tahu serba sedikit tentang kepentingan jus dan vitamin yang diperlukan tubuh badanKemudian ada MaybellineThank you dapat barang penjagaan muka, barang make up dan juga rambutLatihan dengan Cikgu Fatimah, produk DenimSanbung teaterBalik hostelTidur pukul 2.30pagi
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Di Taman Teman

Isnin, 30 Mac 2009,Bangun pagi macam biasa, mandi-mandi naik akademi..sarapanHari ini dapat lagu Datuk Siti Nurhaliza tajuk lagu Di Taman Teman. Lagu ini Qhaud tak pernah dengar pastu tengok lirik pun payah sikit nak hafal tapi boleh laKelas Miss Ida seronok hari ini dapat bincang pasal lagu pastu komen dari Miss Ida. Pada sebelah petang plak kitorang buat latihan Menuju Puncak yang baru. Seronok! Tapi agak penat, balik ke hostel dan tidur.. Sebelum tidur agak pening nak pikirkan lagu
-------------------------------------------------------------------------------------------------
(kredit kepada http://www.astro.com.my/)

1 comments:

AZIZAN & HAFIZAH said...

ingin menjemput anda join affliate program jombinabadan.com.
daftar free, letak iklan kat mana-mana (blog, web) pastu kalau ada org beli...dpt komisen.

http://www.jombinabadan.com

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment