Wednesday, April 22, 2009

Seluruh fakulti terkilan qhaud tersingkir

Teks oleh Ellyna Ali (di ambil dari murai.com)
KUALA LUMPUR, 21 APRIL 2009: Satu malam penuh emosi buat semua tenaga pengajar di fakulti Akademi Fantasia 7 (AF7) apabila Qhaud telah diumumkan sebagai pelajar ke-5 yang tersingkir daripada program realiti popular terbitan Astro itu, Sabtu lalu. Daripada principal Tiara Jacquelina J, Cikgu Fatimah, Cikgu Siti Hajar, Cikgu Syafi, Ms Ida Nerina, Cikgu Aris dan Cikgu Acis, masing-masing tidak dapat menahan sedih apabila melihat pelajar tersebut menarik bagasinya untuk keluar dari akademi setelah menjadi mangsa undian SMS terendah.Semua ini bukan sekadar satu lakonan atau drama yang sengaja dibuat-buat oleh semua tenaga pengajar tetapi hakikat yang berlaku sejurus selepas Qhaud terkeluar.
Jangan Tak Lihat
Paling ketara yang tidak dapat menahan sebak pada malam itu adalah Tiara sendiri selain Cikgu Fati serta Cikgu Siti. Beberapa kali air mata mereka bergenang sehingga Qhaud terpaksa mengesat pipi Cikgu Siti. Qhaud bagi mereka adalah seorang pelajar AF7 yang baik, mendengar kata, mempunyai motivasi diri yang kuat dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri, tenang serta redha dalam menghadapi apa jua perkara. Apa yang lebih penting lagi, Qhaud adalah pelajar yang sentiasa menjadi imam setiap solat berjemaah. Malah, dialah yang sentiasa memulakan bacaan doa setiap kali sebelum pelajar-pelajar memulakan persembahan dalam konsert mingguan. "Saya tidak dapat bayangkan bagaimana jadinya suasana di Akademi apabila tiadanya Qhaud. Dia jugalah yang sentiasa menyuntik semangat serta selalu memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar lain," kata Tiara selepas keputusan diumumkan malam itu. Kata Cikgu Siti pula: "Bukan kami saja yang merasai kehilangan Qhaud tapi saya pasti pelajar-pelajar lain turut merasai hal yang sama dan berkat usaha gigihnya, dia berjaya memberikan persembahan yang cukup baik pada malam ini. "Saya sangat bangga dengan pencapaian Qhaud. Dia berjaya membuktikannya kepada kita semua. Tapi lihatlah dia dia sentiasa saja tenang. Memang itulah Qhaud dan dia selalu tidak pernah lupakan Tuhan, tidak pernah lupa solat. Tapi semua itu bukannya sengaja dibuat-buat," kata Cikgu Siti yang matanya bengkak akibat banyak menangis.

Sunday, April 19, 2009

Qhaud tersingkir minggu ke-6



Rasa macam tak nak taip jer posting ni, tetapi saya cuba yakinkan diri bahawa this is reality show, walapun pahit tapi harus di telan. Semua adalah ketentuan ilahi dan ada hikmah di sebalik semua ini, kerana ini bukan penamat bagi perjalanan qhaud. Walaupun Qhaud membuat persembahan yang paling terbaik bagi dirinya dan juga minggu tersebut, tetapi nasib qhaud hanya setakat minggu ke-6 dalam akademi. Kami peminat dan penyokong qhaud berasa bangga dengan penyingkiran qhaud yang sugguh berkhemah. Ini adalah kerana di katakan qhaud bakal mendapat perlajar cermelang minggu tersebut oleh sebulat suara cikgu dan pengetua kerana membuat persembahan yang cukup hebat dan cermelang. Ini dapat mengubat luka dan pedih pengundi qhaud kerana qhaud tersingkir dengan penuh rasa syukur, berterima kasih dan nilai budi pekerti yang tinggi dengan susunan ayat yang sugguh teratur dan padat. We proud of you qhaud. Kita doakan qhaud terus cermelang dan berjaya dalam perjalanan hidupnya selepas ini.




(kredit kpd murai, mrmanager n klubkidd for the pictures)
Konsert Keenam AF7 – Qhaud Tersingkir (http://photoselebriti.com/)
By mak on Apr 18, 2009 in AF
"Jari menjadi juri. Begitulah pesanan AC Mizal. Dan kali ini, ia terbukti lagi apabila Qhaud yang MAK rasa telah memberi persembahan yang mantap tersingkir untuk konsert keenam AF7 ini. MAK boleh kategorikan persembahan ni antara yang terbaik malam itu di samping konsert dari Aril & Akim. Yang lain tu, MAK rasa OK jerk.
Kali ni MAK nak sentuh sikit pasal masa untuk pengundian. Kalau pengikut setia AF ni perasan, untuk beberapa konsert terakhir ni, peserta yang terakhir membuat persembahan mengalami nasib yang sama, iaitu tersingkir. MAK perasan masa Zizi membuat persembahan lagu terakhirnya, kemudian Sidi & kali ni Qhaud. Pada MAK, persembahan terakhir mereka masing-masing mantap. Mungkin timbul isu, adakah masa untuk mengundi cukup untuk peserta terakhir membuat persembahan? Atau mungkin para pengundi akan hanya menunggu sehingga pelajar tamat membuat persembahan, barulah mereka mengundi. Kalau senario ini berterusan, MAK rasa untuk konsert seterusnya, peserta terakhir membuat persembahan seolah-olah akan merasa badi.. hehehe.. entahlah, ni pendapat MAK je."
Saya amat bersetuju dengan pendapat MAK. Kerana pada akhir-akhir persembahan qhaud saya masih mengundi tetapi mendapat maklum balas selepas konsert habis. Ramai juga kata mempunyai pengalaman yang sama. Astro tahu qhaud mendapat undian terendah ketika diari tetapi akan menjunak semasa konsert tetapi masih meletakkan qhaud membuat persembahan yang terkahir. Saya amat kesal akan hal ini di tambah lagi dengan VT sebelum persembahan qhaud yang ntah apa-apa. Apa-apa pun dah tercatat qhaud sampai minggu ke-6.

Wednesday, April 15, 2009

Diari yang bosan






(gambar kredit kpd jasemario)

Semalam tengok diari pun hampeh macam duduk dalam library plak nak tidur. Tidak banyak perkara yang ditunjukkan mengenai qhaud. Kenapa lah balik-balik apsal Aril, yazid yang ditunjukkan. Arrrgghhh .... bak kata Mr Manager ... “sabar jer la dik “ .... Sian qhaud and hafiz pelajar yang paling kurang dapat expose dalam diari.

Ramai penyokong dan pengundi marah kerana pelajar kesayangan mereka af7 qhaud benar tidak mendapat perhatian dari Astro jika di bandingkan pelajar-pelajar lain. Ya memang benar ada yang mengatakan aargghhh tak ape la .. qhaud walaupun tidak mempunyai kejutan dan perhatian dari astro dalam diari , dia tetap mengukir senyuman dan terus bertahan sehingga ke hari ini. Berani kerana benar. Apa yang perlu di takutkan. Qhaud benar. Qhaudess still menaruh harapan agar astro membuat kejutan untuk qhaud, expose qhaud jangan tunggu bila orang dah tak nampak qhaud, dah tak undi qhaud baru plan nak expose kan qhaud ....

Saya tahu setiap huruf-huruf yang saya taip ni muncul ada di antara luar sana yang ada link ngan astro dan tahu akan hal ini. Jika astro tidak membaut sesuatu akan hal ini, tidak mengapa ..kerana qhaud benarlah qhaud still dapat bertahan, tabah, tersenyum dan berasa bangga semua di atas usaha sendiri. Mungkin kejutan untuk pelajar lain itu bonus bagi mereka tetapi bonus untuk qhaud siapa tahu. Nah kita jangan biarkan qhaud terus di ambang wati ...oppss di ambang rapuh ...spt telur di hujung tanduk . Disini saya paparkan gambar family qhaud untuk menyuntik semnagat qhaudees untuk terus qhaud. Di sebalik awan yang mendung masih terdapat matahari yang terus bersinar. Family dan rakan di sini terus support qhaud.

Tuesday, April 14, 2009

Gambar dari minggu ke-6 af7

Ala la la la comelnya qhaudd


(kredit to Adziah)

catatan qhaud
Tinggal 5 Bujang Lapok



Ahad, 12 April 2009


BismillahHari ini nyenyak tidur. Tapi terasa Sidi dah tak ada lagi dalam dalam bilik. Tinggallah 5 bujang lapok lagi yang akan meneruskan perjuangan. Dapat berita hari ini akan diberi tugasan lagu. Kali ini akan diberi tugasan dengan band, ' Live Band'. Perghhh!! Tak pernah seumur hidup dapat macam ni. Nak taww aku kena nyanyi lagu apa? " SERUAN" dari Lefthanded. Perghh!! Rock Beb. Aku akan berusaha keras untuk lagi ini. Sebab beberapa minggu ni persembahan aku kurang memuaskan. Aku kena tingkatkan lagi usaha untuk aku belajar lagi... Dah dapat tugasan, lupa plak hari ini aku baca surat wasiat Sidi. Aril diumumkan pelajar cemerlang, dia pilih Hafiz dan Claudia. Hari ini Camelia datang, perghhh! Dia memang cantik.. Ok la jumpa esok,. Chaw Sin Chaww!
Kalau ikut dari catatan qhaud nie, dia sendiri sedar yang persembahan dia sejak dua menjak nie kureng sikit. Tapi dia ada cakap yang dia akan berusaha keras dan tingkatkan usaha. ya itu yang kami mahukan. Dia macam tahu-tahu ajer kita komen kat sini eh. Dia ada instinct yang kuat atau tukang report... ehehe .... Welcome back qhaud ... benar.........

Monday, April 13, 2009

Tugasan minggu ke-6

lefthanded - seruan




Gigil menggigil aku
Ku dengar suara kebesaran
Terbangun dari tidurku
Suara azan berkumandang

Terketar ketika itu
Manakah arah tujuan
Berlinang air mataku
Menitis ke bumi penyesalan

Garis panduan tiada ku hindari
Ajal sentiasa tanpa kusedari

Baru kumengerti erti kehidupan
Mengenal diri dalam kehidupan
Tiadalah aku

Bawalah aku hampir kepada kepadamu
Jalan sebenar mengikut arahmu
Ya Tuhanku


Yup I like this song to be sung by qhaud. Alamak terspeaking plak. Kalau tengok dari barus-baris liriknya, lagu ada unsur ketuhanan dan ia nya sangat lah sesuai aku rasa dengan qhaud .. sebab naluri qhaud nie lebih kepada unsur2 lagu macam nie. Kita lihatlah lagu pilihnnya masa minggu awal iaitu lagu yang berunsurkan ketuhanan, Pheonix bangkit. Jadi lagu ini memang sesuai ngan jiwa qhaud. Aku benar-benar yakin qhaud dapat deliver lagu ni dengan terbaik sekali. Alhamdullilah, qhaud dapat lagu ni di minggu ini.

Sunday, April 12, 2009

Keputusan selepas konsert af7 minggu ke-5

Kedudukan Afundi 9 pelajar AF7 sebelum Konsert Minggu Kelima Bermula pada 11 April 2009

ISMA - 25%
YAZID - 22%
HAFIZ – 12%
CLAUDIA - 8%
AKIM - 8%
ARIL - 7%
AISHAH - 7%
SIDI - 6%
QHAUD - 5%

Kedudukan Afundi 9 pelajar AF7 selepas undian ditutup:

ISMA - 18%
HAFIZ - 17%
YAZID – 15%
AKIM – 10%
AISHAH – 10%
CLAUDIA - 9%
ARIL – 9%
QHAUD - 8%
SIDI - 5%

Undian qhaud adalah sangat genting di saat ini. Pada para pengundi janganlah tunggu masa time konsert utk mengundi kerana perbezaan percentage antara qhaud dan pelajar teratas adalah sangat ketara. Sekiranya anda sayang dan ingin melihat qhaud di final list dan beraksi d pentas Final, segerakanlah undian dan promote qhaud ni.
Saya merasakan qhaud tidak mendapat perhatian dari pihak astro, ini adalah kerana sekiranya anda perhatikan qhaud tidak mendapat apa-apa kejutan malah di gandingkan dengan bukan juara af atau bukan naib juara af semasa persembahan konsert ke-5 baru-baru ini. Disitu saya telah terkilan sebelum konsert lagi , di tambah lagi apabila semua pelajar mendapat kejutan kecuali qhaud, cubalah anda fikirkan. Isma kejutan berduet dengan suaminya, claudia kejutan mendapat pelukan anaknya, yazid mendapat kejutan pengantin baru ayahnya dan memeluk kedua ibubapanya. Sebelum ini hafiz dan akim memeluk ibu mereka, aril mendapat klip video kedua orang tuanya bersama adam dan bantal peluk kesayangan serta pengumuman mempunyai motor warna pink. Aisyah mendapat kejutan siapa tu yang nyanyi lagu sayang sayang kau sudah berpunya , tertutup pintu kesempatan dan dapat makan cheeze tart yang digemarinya serta rantai dari pemberian penyanyi tadi. Sidi juga dapat menyanyi kan lagu bersama Zahid , juara af2. Ini semua drama yang dicipta astro untuk expose kan lagi pelajar-pelajar ini. Qhaud???? apa yg astro buat untuk expose qhaud..apakah kejutan yang qhaud dapat?. Tiada bukan. Sungguh sedih ..pencapaian qhaud adalah ketulusan ihklas dan kejujuran qhaud buat sendiri, datang dari hati sendiri, membantu kawan, merendah diri, very participate dalam kelas dengan mengakat tangan dahulu dan menurunkan apabila pelajar lain mengangkat. Pity qhaud.

Konsert minggu ke-5

Qhaud berduet dengan Heliza - AKu dibius cinta



























Amatlah rasa terkilan dan sakitnya hati sebelum dan semasa melibat persembahan qhaud bersama heliza. tolong kembalikan qhaud. Bukan lah nak salah heliza sahaja, tetapi qhaud sendiri jangan lah ter distract dengan heliza. Please qhaud kembalikan diri anda spt semasa awal kemuculan anda di awal2 minggu. Bukan nak salah qhaud juga , sebab qhaud tidak mendapat banyak pendedahan dan expose dari pihak astro juga.


Komen konsert af7 minggu ke-5:
Mr Manager#links
dari isi hati pandangan mata dan rakaman lensa seorang sultanmuzaffar#links
klubbkidd.com#links

(Terima kasih klubbkidd kerana menyumbangkan banyak gambar dan selepas ini ditulis sebagai kredit kpd klubbkidd.com.my)